Monday, 18 March 2013

MAKLUMAN BUAT PELAJAR SPM 2012

Makluman awal untuk semua bakal penerima slip SPM 2012, berikut adalah makluman awal mengenai denda yang bakal dikenakan kepada anda yang berkaitan dengan pss SMK Gedangsa. Sila laksanakan tindakan sebelum denda berkuatkuasa pada tarikh pengambilan sijil.



DENDA PUSAT SUMBER 2012


NAMA
KELAS
DENDA
(RM)
TAJUK BUKU
TARIKH PULANG
KESALAHAN

NOOR  ATIQAH

5 SAINS

36.20
1. PEPERIKSAAN SEBENAR SPM: PRINSIP PERAKAUNAN
2. MATHEMATICS SPM

11.10.12

TIDAK MEMULANGKAN BUKU
AKMAL EZZAH EDORA

5 SAINS
10.00
1.KIMIA
2.BIOLOGI
3. ULANGKAJI TOTAL:KIMIA
4.BIOLOGI:ULANGKAJI TOTAL TERKINI
11.10.12
LEWAT PULANG BUKU
NURSYAZWANI YEOP AZAHARI
5 SAINS
15.95
ENGLISH GRAMMAR FORM 1,2,3 PMR
22.4.11
TIDAK MEMULANGKAN BUKU
SITI NABILAH SAHAR
5B
10.00
DRUGS KILLS YOU
17.2.11
TIDAK MEMULANGKAN BUKU
FAZRUL SYAFIQ BIN MOHD ARIFFIN
5R
5.00


DENDA NILAM
KAMAROL HISAM BIN SHAARI
5R
5.00


DENDA NILAM
MOHAMAD SAHRONY BIN HASSIM
5R
5.00


DENDA NILAM
MUHAMMAD EZRINADZREN BIN ABD KHALID
5R
5.00


DENDA NILAM
MUHAMMAD ISMAIL BIN DAUD
5R
5.00


DENDA NILAM
MUHAMMAD UMAR BURHANUDIN BIN MOHD RASHID
5R
5.00


DENDA NILAM
MUHD RIDZUAN BIN DAHLAN
5R
5.00


DENDA NILAM
NORSAZRIL BIN SABRI
5R
5.00


DENDA NILAM
NORSHAZLIN BT AHMAD KAMARUZAMAN
5B
5.00


DENDA NILAM
NURUL AQILA BINTI RUSLI
5B
5.00


DENDA NILAM

  JENIS KESALAHAN
1. TIDAK MEMULANGKAN BUKU - DENDA MENGIKUT HARGA BUKU
2.LEWAT PULANG BUKU - DENDA MENGIKUT BILANGAN HARI LEWAT
3. DENDA NILAM (PELAJAR YANG GAGAL MEMBACA DAN MENCATAT 1 BACAAN NILAM) - DENDA MINIMUM

Tuesday, 12 March 2013

10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu

10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu
 – Prof Dr Muhaya

1. ‘Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.’ Ini masalah biasa.
Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita… bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.
2. ‘Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.’
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.
3. ‘Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!’ Bersabarlah!
Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.
4. ‘Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.’
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.
5. ‘Agak-agaknya Saya Faham.’
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.
6. ‘Banyaknya Nak Kena Ingat.’
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.
7. ‘Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.’
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.
8. ‘Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.’
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.
9. ‘Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.’
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.
10. ‘Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.’
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh. Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya.

Monday, 11 March 2013

Majlis Pelancaran Nilam: Program 1M1B






    Bersempena dengan Majlis Pelancaran Nilam SMK Gedangsa 2013, pihak sekolah akan mengadakan Program 1M1B ( Satu Murid, Satu Buku ).


    Majlis Pelancaran Nilam akan diadakan seperti berikut:

     TARIKH  : 15 MAC 2013
      MASA    : 8.00 A.M - 9.00 A.M
     TEMPAT : KANTIN SMK GEDANGSA
 
    Bersempena dengan Program 1M1B, para pelajar diminta membawa satu buku atau majalah koleksi peribadi untuk didermakan kepada pihak PSS semasa Pelancaran Nilam. Sila tuliskan nama dan kelas pada muka hadapan buku yang didermakan. Hasil kutipan akan diagihkan dan digunakan untuk Program Sudut Nilam di setiap kelas. Pelajar yang gagal berbuat demikian akan didenda RM 10.

Pesta Buku Antara Bangsa 2013



Tarikh : 26hb April 2013 hingga 5 Mei 2013
Tempat : Dewan Tun Hussein On, Dewan Tun Dr Ismail, Dewan Tun Razak 3, 4 dan Legar Putra Pusat Dagangan DuniaPutra (PWTC)Kuala Lumpur.
Masa : 10.00 pagi 9.00 malam

Program Nilam

Apakah itu Program Nilam !


‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

Dewan Bahasa


Kamus Dewan Bahasa diguna secara menyeluruh di pss kami.

Waktu Beroperasi

Isnin - Kamis
7.30 pagi hingga 4.00 petang

Jumaat
7.30 pagi hingga 12.30 tengahari

Perasmian Blog

    Asssalammualikum dan Selamat Sejahtera, dengan ini terciptalah satu sejarah baru di mana pss smkgedangsa  telah melonjak ke satu tahap dimana kesemuanya hasil kerja kami dan aktiviti - aktiviti kami akan di siarkan di paparan blog ini.Dengan adanya blog ini diharap dapat membantu dalam penyebaran berita terkini mengenai pss smk gedangsa contohnya, menghebahkan buku - buku baru yang berada di pss selain itu kami akan mengemaskini aktiviti - aktiviti yang kami jalankan di pss ini.Diharap dengan adanya blog ini dapat membantu para pelajar kami mengetahui lebih banyak pengetahuan buku - buku yang terkini dan karya agung yang di pamerkan di pusat sumber sekolah.

    Ribuan terima kasih di ucapkan kepada yang membantu dalam menyiapkan program blog pss ini.
Sekian Terima Kasih.

By Anida Mohd Aznam